Ulasan tentang filem Munafik. Sebelum itu saya nak kongsikan
maksud munafik dulu.
1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan
kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman;
2. orang yg amalan dan
hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik,
sifat munafik. Baik. Itulah maksud munafik mengikut kamus Kamus Dewan Edisi
Keempat.
Pertama sekali syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat
dalam pembikinan filem ini. Tahniah kerana kalian telah membuatkan saya kembali
menonton filem Malaysia di Pawagam.
Filem Munafik ni bagi saya, merupakan filem yang mempunyai
garapan yang sangat baik.
Bermula daripada skripnya. bait bait dialog dalam skrip
Munafik ni membuatkan saya kagum. Skrip dia seperti kita membaca buku-buku ilmiah
kerana dalamnya punya pengajaran dan bagi saya ianya tidak membazirkan
kata-kata. Isu yang diutarakan dalam skripnya juga akan membuatkan kita terfikir
seperti ini "Betul juga tu, Tak pernah terfikir juga benda tu"'
"Ha ah,saya pun nak tanya benda tu". Salah satu dialog yang
buat saya fikir macam tu ialah "Kenapa Allah kadang gunakan 'Aku' dan
kadang gunakan 'Kami' dalam firman-Nya. Jawapan yang terus diberikan dan saya terima sebagai jawapan yang betul iaitu "Allah gunakan 'Kami' untuk
maksudkan 'Allah dan kebesaran-Nya'. Satu lagi, bahagian skrip yang menegur
orang Melayu tentang sifat busuk yang wujud seperti dengki dan terus
disentapkan dengan "Memalukan Melayu atau memalukan Islam? Mana yang lebih
utama?". Seperti panahan tetap ke hati. Tak dilupakan juga isu was-was
yang diselitkan dalam filem ini. Kerana sedikit was-was itulah yang memudahkan
syaitan menyesatkan manusia.
Jalan cerita filem munafik ini membuatkan filem ini berlalu
dengan tempo yang agak pantas. Maksud saya, tidak sempat merasa bosan dengan
jalan ceritanya. Sejujurnya dah ada orang yang kantoikan dah siapa yang munafik
dalam cerita ini. Tetapi saya menolak tepi perkara tersebut. Kalau difikirkan nanti akan persoalkan bagaimana dia tunjukkan kemunafikan tersebut. Jadi saya letakkan diri saya sebagai penonton yang tidak tahu langsung cerita ini. Saya pun
tertanya-tanya siapakah yang munafik sebenarnya? Kalau ikutkan jalan ceritanya,
bermula dengan Syah si Penggali Kubur (kalau tak silap), pergi kepada Ibu Tiri,
pergi kepada Maria, pergi kepada Pak Imam dan Ustaz Adam kesemuanya diletakkan
isu atau babak yang membolehkan kita menyangka dialah munafik. Pada akhir
cerita, plot twist.
Seterusnya dari segi warna filem ini. Filem ini banyak
menggunakan warna yang gelap sesuai dengan tajuknya. Dari segi busana filem
ini, tidaklah klise sangat. Seperti telekung yang berwarna putih, ustaz yang
memakai jubah putih kesemuanya. Keadaan babak-babak dalam filem ini juga tidak
keterlaluan dan melampau. Senang cakap. Ianya cukup. Ayat pertama yang keluar
dari mulut aku semasa babak bola keranjang tu ialah "hantu malaysia dah
tak main guli".
Watak-watak yang ada dalam filem ini membuat saya boleh
menerima karakternya terutamanya watak Maria yang dilakonkan oleh Nabila Huda.
Perwatakan yang berbeza nampak dengan jelas. Cara penyampaian watak dirasuk pun
tak seperti yang kebiasaan kita tengok menjerit sampai tak faham apa
yang dicakapkan. Untuk watak Adam yang didukung oleh Syamsul
Yusof juga mampu membuat kita teruja. Terutamanya masa dia menangis masa
babak dia mimpi jumpa isteri dia ketika kemalangan. Aku tak nampak babak
sebelum keluar air mata sampai keluar air mata itu dipotong. Kedua-dua watak
ini bagi aku berjaya membawa emosi tersebut sampai kepada aku. Terbaik.
Dua hal yang paling aku hormat dalam filem ini adalah
penjagaan aurat pelakon dan batas bersentuhan. Bagi aku semua pelakon aurat dia
terjaga walaupun semasa dia dirasuk. Tak perlu untuk tunjuk rambut yang serabut
untuk nampak hantu. Bab sentuh pula aku suka walaupun dalam keadaan takut,
Maria tak peluk pun Ustaz Adam tu. Kalau filem lain (tak semua filem) kalau
babak takut kena peluk orang yang dekat dengan kita. Semoga bahagian ini orang
nampak apa yang Syamsul ingin sampaikan.
Rasanya cukup dulu pandangan aku setakat ini. Aku bukanlah
pandai sangat dalam bab filem mahupun agama ini. Aku bagi pandangan ini pun
berdasarkan apa yang aku rasa selepas aku tonton filem ini. Yang mana baik tu
ambiklah buat pengajaran. Yang mana buruk tu, aku minta maaf. Jangan kecam aku
pula.