Wednesday, 19 October 2016

RUMUSAN ARTIKEL JURNAL - BIDANG BAHASA DAN SASTERA


Peranan Bahasa

Penulis menerangkan Bahasa Melayu adalah bahasa negara. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, maka ia menjadi amat penting sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan kebangsaan. 

Peranan bahasa Melayu juga ialah digunakan didalam beberapa undang-undang dan digunakan juga dalam peraturan-peraturan pejabat. Ini bermaksud Negara Malaysia sangat mementingkan atau mengambil berat dalam memelihara Bahasa Melayu. Secara ringkas undang-undang Malaysia menetapkan tiga undang-undang yang berkaitan dengan bahasa. Pertama, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsan bagi negara Malaysia. Kedua, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga, rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain.



Peranan bahasa Melayu juga sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi semua urusan rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi perkhidmatan awam, yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam, antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta dan korporat atau sebaliknya dan komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang awam atau sebaliknya. Kita juga harus melihat peranan utama dan peranan komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai peranan utama, yang antara lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia. Ia dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan nama khas dan melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia.’ Selain itu, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan budaya yang menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera tidak boleh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah satu daripadanya tiada maka yang satu lagi akan pincang.

Peranan Sastera

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.


Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.
Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.

Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan pengajarn. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbiran negara.

Penutup

Apabila berbicara tentang bahasa dan Kesusasteran Melayu akan mengajak kita bersedia berpadu tenaga membina, memupuk dan mengembangkannya. Oleh itu, peranan bahasa dan sastera, umpama irama dan lagu. Kata sepakat antara bahasa dan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti. Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun menjadi kekal dan bertahn melalui tradisi ilmu. Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan. Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.



RUMUSAN ARTIKEL JURNAL-BIDANG KOMUNIKASI

Artikel bertajuk “Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Artikel ini berkisar tentang media siber, kebebasan media dan juga politik di dalam negara ini. Ia juga menerangkan tentang implikasi media siber terhadap masyarakat Malaysia.

Sebagai pembuka, artikel ini menceritakan tentang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Dalam Akta tersebut telah menyatakan bahawa tiada sebarang kandungan Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. AKM 1998 telah diperkenalkan ketika negara berdepan dengan konflik politik antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Timbalannya. Dalam konteks ini, Akta ini dilihat sebagai peluang, tanpa batas kepada mereka untuk menggunakan ruang siber sebagai senjata untuk mempertahankan pandangan politik masing-masing.

Penulis menekankan bahawa pengenalan AKM 1998 telah menyebabkan wujudnya pelbagai laman-laman sesawang yang digunakan untuk ‘menyerang’ mantan Perdana Menteri ketika itu sekali gus menghakis nilai-nilai budaya Melayu yang terkenal dengan kemantapan budi bahasa, kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, penulis juga turut mengaitkan Akta-Akta lain yang mempunyai kaitan dengan AKM 1988 seperti Akta Hasutan 1969, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan banyak lagi. 
 Artikel ini juga menyatakan bahawa Internet bukanlah media ‘baru’. Sebenarnya, kewartawanan siber telah lama wujud iaitu sekitar 1995 apabila akhbar The Star dan New Straits Times melancarkan beritanya dalam versi siber. Ini menunjukkan bahawa penulis telah pun membuat kajian berkenaan dengan sejarah dua akhbar di Malaysia iaitu The Star dan New Straits Times. Saya yakin bahawa ramai di luar sana, tidak tahu bahawa kewartawanan siber telah wujud sejak 20 tahun lalu. 
Selain itu, saya amat setuju dengan kenyataan dalam artikel ini yang menyatakan bahawa media siber atau alternatif lain lebih berpengaruh berbanding media tradisional seperti akhbar dan television dalam penyebaran maklumat terutamanya dalam aspek politik. Seperti yang dinyatakan oleh Fauzi (2012), kajian yang dilakukan oleh beliau telah membuktikan bahawa majoriti daripada masyarakat Malaysia lebih banyak menggunakan media siber atau alternatif dalam memperoleh maklumat. Hal ini mungkin kerana atas faktor kepantasan, kebebasan dari sebarang sekatan dan banyak lagi. 
Benar, kebebasan media sememangnya sesuatu yang wajar kerana rakyat berhak tahu perkara sebenar tanpa sebarang proses penapisan. Namun, jika dilihat dalam konteks negatif pula, kebebasan media kadangkala boleh menyebabkan beberapa perkara yang tidak diingini seperti penyebaran pengaruh kurang baik, perpecahan antara kaum dan banyak lagi. Hal ini kian menjadi topik utama dalam perbualan rakyat Malaysia. Adakah kebebasan media itu memberikan lebih banyak manfaat ataupun sebaliknya? Ianya bergantung kepada situasi tertentu. 
Sebagai penutup, penulis turut menekankan bahawa Internet seharusnya digunakan untuk membuka pandangan masyarakat melalui isu dalaman negara sendiri dan juga hal global yang disampaikan. Bukannya sebagai medium untuk mencemarkan pemikiran manusia sebagai contoh gejalan anarkis, fitnah dan hasutan.

Thursday, 11 August 2016

ULASAN FILEM MUNAFIK







 Ulasan tentang filem Munafik. Sebelum itu saya nak kongsikan maksud munafik dulu.

1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 

2. orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik, sifat muna­fik. Baik. Itulah maksud munafik mengikut kamus Kamus Dewan Edisi Keempat.

Pertama sekali syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Tahniah kerana kalian telah membuatkan saya kembali menonton filem Malaysia di Pawagam.

Filem Munafik ni bagi saya, merupakan filem yang mempunyai garapan yang sangat baik.

Bermula daripada skripnya. bait bait dialog dalam skrip Munafik ni membuatkan saya kagum. Skrip dia seperti kita membaca buku-buku ilmiah kerana dalamnya punya pengajaran dan bagi saya ianya tidak membazirkan kata-kata. Isu yang diutarakan dalam skripnya juga akan membuatkan kita  terfikir seperti ini "Betul juga tu, Tak pernah terfikir juga benda tu"' "Ha ah,saya pun nak tanya benda tu". Salah satu dialog yang buat saya fikir macam tu ialah "Kenapa Allah kadang gunakan 'Aku' dan kadang gunakan 'Kami' dalam firman-Nya. Jawapan yang terus diberikan dan saya terima sebagai jawapan yang betul iaitu "Allah gunakan 'Kami' untuk maksudkan 'Allah dan kebesaran-Nya'. Satu lagi, bahagian skrip yang menegur orang Melayu tentang sifat busuk yang wujud seperti dengki dan terus disentapkan dengan "Memalukan Melayu atau memalukan Islam? Mana yang lebih utama?". Seperti panahan tetap ke hati. Tak dilupakan juga isu was-was yang diselitkan dalam filem ini. Kerana sedikit was-was itulah yang memudahkan syaitan menyesatkan manusia.

Jalan cerita filem munafik ini membuatkan filem ini berlalu dengan tempo yang agak pantas. Maksud saya, tidak sempat merasa bosan dengan jalan ceritanya. Sejujurnya dah ada orang yang kantoikan dah siapa yang munafik dalam cerita ini. Tetapi saya menolak tepi perkara tersebut. Kalau difikirkan nanti akan persoalkan bagaimana dia tunjukkan kemunafikan tersebut. Jadi saya letakkan diri saya sebagai penonton yang tidak tahu langsung cerita ini. Saya pun tertanya-tanya siapakah yang munafik sebenarnya? Kalau ikutkan jalan ceritanya, bermula dengan Syah si Penggali Kubur (kalau tak silap), pergi kepada Ibu Tiri, pergi kepada Maria, pergi kepada Pak Imam dan Ustaz Adam kesemuanya diletakkan isu atau babak yang membolehkan kita menyangka dialah munafik. Pada akhir cerita, plot twist.

Seterusnya dari segi warna filem ini. Filem ini banyak menggunakan warna yang gelap sesuai dengan tajuknya. Dari segi busana filem ini, tidaklah klise sangat. Seperti telekung yang berwarna putih, ustaz yang memakai jubah putih kesemuanya. Keadaan babak-babak dalam filem ini juga tidak keterlaluan dan melampau. Senang cakap. Ianya cukup. Ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa babak bola keranjang tu ialah "hantu malaysia dah tak main guli".

Watak-watak yang ada dalam filem ini membuat saya boleh menerima karakternya terutamanya watak Maria yang dilakonkan oleh Nabila Huda. Perwatakan yang berbeza nampak dengan jelas. Cara penyampaian watak dirasuk pun tak seperti yang kebiasaan kita tengok menjerit sampai tak faham apa yang dicakapkan. Untuk watak Adam yang didukung oleh Syamsul Yusof juga mampu membuat kita teruja. Terutamanya masa dia menangis masa babak dia mimpi jumpa isteri dia ketika kemalangan. Aku tak nampak babak sebelum keluar air mata sampai keluar air mata itu dipotong. Kedua-dua watak ini bagi aku berjaya membawa emosi tersebut sampai kepada aku. Terbaik.

Dua hal yang paling aku hormat dalam filem ini adalah penjagaan aurat pelakon dan batas bersentuhan. Bagi aku semua pelakon aurat dia terjaga walaupun semasa dia dirasuk. Tak perlu untuk tunjuk rambut yang serabut untuk nampak hantu. Bab sentuh pula aku suka walaupun dalam keadaan takut, Maria tak peluk pun Ustaz Adam tu. Kalau filem lain (tak semua filem) kalau babak takut kena peluk orang yang dekat dengan kita. Semoga bahagian ini orang nampak apa yang Syamsul ingin sampaikan.


Rasanya cukup dulu pandangan aku setakat ini. Aku bukanlah pandai sangat dalam bab filem mahupun agama ini. Aku bagi pandangan ini pun berdasarkan apa yang aku rasa selepas aku tonton filem ini. Yang mana baik tu ambiklah buat pengajaran. Yang mana buruk tu, aku minta maaf. Jangan kecam aku pula.



BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS 7 & 8 OGOS 2016

Assalammualaikum, saja nak kongsi pengalaman bercuti di cameron pada 7 ogos dan 8 ogos baru-baru ni. Sebenarnya, plan bercuti kat cameron highlands ni saja nak bawa pak mertua dan mak mertua pergi bercuti sebab pak mertua dan mak mertua saya dah lama sangat dah tak pergi bercuti ni dan kebetulan pula hari sabtu sebelum tu ada kenduri sepupu saya kahwin di Temerloh, Pahang. Jadi alang-alang dah ke Temerloh tu, balik tu boleh la singgah Cameron Highlands pula sambil menyelam minum air orang cakap hehehehe. Panjang pula mukadimah hahaha..ok dah2 jom layan gambar-gambar dan coretan sepanjang perjalanan kami.

 

di ladang teh boh sg palas..tempat pertama kami lawati ;)

Masa sampai kat parking kereta anak kedua muntah huhuhu..sebab pening kot..jalan bengkang bengkok hehe nasib baik la kereta dh siap parking baru dia muntah..kalau muntah masa dalam perjalanan habis masam la 1 kereta huhu..

kat ladang teh sg palas ni serius pemandangannya cantik..tapi untuk sampai kat atas ni kita kena lalu jalan berliku sikit..jadi, rajin-rajin la korang picit hon kereta korang masa kat selekoh..

lepas tu bila dah sampai kereta tidak dibenarkan untuk naik ke atas..jadi kena la parking di bawah dan menapak naik ke atas..bolehlah exercise sikit (tercungap-tercungap juga la)..tapi bila keletihan menapak ke atas tu akan hilang bila dapat lihat pemandangan indah ladang teh yang terbentang luas. Bila sampai atas boleh la lepak2 minum teh dan makan Scone..serius sedap weiii...teh dia wangi sangat..macam mana dia bancuh aku pun tak tau..kalau kat rumah tak pula sedap macam minum kat sini..mungkin sebab kat rumah sendiri kot huhuhu..



nasuha bersama ibu dan tokwan..:)

selepas selesai melawat ladang teh boh sg palas, kami terus check in homestay di puncak arabella sebab waktu ni dah petang dah. Masing-masing pun dah tak larat sebab bertolak dari KL pun dh lewat.


homestay tempat kami menginap di puncak arabella

Kami menginap di Ramli Homestay di Puncak Arabella, serius sangat selesa dan cantik..sangat-sangat rekemen anda menginap di sini..boleh tengok blog dia http://muslimapartmentcameron.blogspot.my/ no telefon semua ada dalam blog tu..yang penting ada wifi homestay dia hehehe. Di Puncak Arabella ni ada 2 unit homestay kepunyaan pakcik Ramli, di tingkat 1 dan tingkat 2..rasanya harga sama juga kot..



pemandangan dari tingkap homestay 

Alhamdulillah, sepanjang berada di sana cuaca elok ja..tak hujan, jadi senang la untuk kami berjalan-jalan. Pada malam tu, kami cadang makan steamboat..restoran yang menjadi pilihan kami adalah di Glory 78 bersebelahan dengan hotel de la ferns. Kami memilih untuk makan di restoran ini adalah kerana tempat makan yang selesa dan harga yang berpatutan. Terlupa nak snap gambar sebab memang dah lapar sangat dah..jadi makan sampai tak ingat dah nak amik gambar hahaha..














masa di cactus valley

seriusly, ni 1st time sampai kat cactus valley, sampai cameron dah banyak kali dah tapi tak pernah jumpa pula cactus valley ni hehe. Lokasi cactus valley ni kat brinchang..masuk simpang dekat tapak pasar malam tu terus ja sampai hujung..nanti akan nampak papan tanda cactus valley. Untuk masuk ke dalam dikenakan bayaran RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tapi berbaloi juga sebab tempat ni luas dan cantik. Banyak jenis pokok cactus yang kita dapat lihat. Selain itu juga, pokok-pokok bunga yang bermacam jenis juga terdapat di sini.



hasil memburu di pasar kea farm hahaha

lokasi seterusnya kami terjah ke pasar kea farm untuk membeli sayur-sayur segar, buah strawberry, ubi madu, cenderahati, madu lebah. Bila sampai kat sini yang menjadi masalah adalah parking. Tempat untuk parking sangatlah terhad, kita terpakasa parking di bahu-bahu jalan...kalau nasib tak baik dapatlah surat cinta (saman) hehe. Lori pun banyak, kadang-kadang risau ja takut terkena dengan kereta kita huhu. macam-macam boleh dapat di pasar kea farm ni antaranya pokok-pokok bunga, teh, madu lebah, buah strawberry, cenderahati, sayur-sayur, ubi madu, dan banyak lagi.









di lavender farm

Ok tempat terakhir yang kami lawati adalah lavender farm. kiranya ni tempat wajib untuk dilawati kerana seriusly memang sangat-sangat cantik. Tapi yang paling best kat sini adalah aiskrim lavender hehe. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak..3 tahun kebawah percuma. Masuk saja ke sini kita akan dapat lihat tanaman bunga-bunga lavender tersusun indah. Bermacam jenis lavender antaranya dari china, taiwan, jepun dan banyak lagi saya tak ingat dah hehehe. Di bahagian atas taman ini ada tanaman strawberry yang kita boleh petik sendiri..tapi saya tak petik pun. Selain itu juga terdapat tanaman bunga-bunga yang saya tak tahu namanya hahaha. Sekejap saja kat sini sebab pak mertua dah keletihan jadi kami decide untuk pulang saja.

kesimpulan, walaupun percutian yang singkat tetapi sangat bermakna kerana dapat bawa pak dan mak mertua bercuti bersama-sama. Rasa seronok sangat wajah ceria mereka dapat bercuti di cameron highland untuk pertama kali.